Saturday, 4 August 2012

Sambal Petai Ikan Bilis+Mee Goreng Basah Lagi+Gulai Kari Ayam+Rendang Kerang Berkunyit+Kedondong Asam Boi


Ada permintaan sambal ikan bilis petai.


Mee goreng basah lagi, macam teringat buat dulu. so ari ini buat lagi. sebungkus sahaja.

 Pemintaan gulai kari lagi dari kids untuk iftar today, cuma dikurangkan santan sahaja kali ini.

Bonda Hajjah Aminah nak makan kerang rendang , so kebetulan ada jual kat pasar ari ini. Dapat lah buat rendang kunyit kerang.


Air Kendondong Asam Boi...sekilo dalam RM3.50 kat pasar. Sekilo kedondong dapat satu jug besar ...bergelas-gelas boleh dapat bergelas2 untuk sepuluh orang minum.

Friday, 3 August 2012

Siakap Kukus Thailand+ Popia Basah + Daging Bakar (ala western)


Stim Kukus Thailand ikan siakap. Stim rutin menu family. Gambar sebelum masak. Saya masukkan cendawan butang dan daun celery bila hampir separuh stim. Tak sempat nak candid gambar dah masak.


Popia basah ini saya ambil resepi puanbee.com sebab resepi warisan mak mertua beliau. So dah cuba cuma sebab kulit popia tidak dinyatakan dengan jelas sukar juga nak agak kecairan bancuhan. Tak sempat nak tengok resepi orang lain. Next time cuba lagi buat kulit popia basah. Bahan2 dalam popia sengkuang, karot, kacang buncis or panjang. Ditumiskan dengan bawang putih,  bawang merah dan udang kering. Then masuk sayur..ditengah sayurang pecahkan telur. Cuma saya terlupa ada family yang kurang minat udang kering. Next time boleh ganti dengan ayam atau daging. Untuk kuah tumis cili, then masukkan cuka+gula merah. Letakan kuah+bwang goreng atas kulit yang dah siap. Then, letak campuran sayuran. Siap RM 1 satu kut sebab besar.

Alamak cukup masa, saya ambik kulit popia yang dibeli sejuk beku, buat menu popia goreng pulak. Yang ini untuk anak jiran sebelah.


Daging Bakar ini sebagai menu bakar utama hari jumaat.


Thursday, 2 August 2012

Talapia Bakar+Gerut Bakar+Patin Tempoyak+Bihun Sup

Talipia Merah sungai. Hari ini cuti so boleh buat aktiviti survial sikit. Bakar guna kayu arang.



Ikan Talipia Merah..survival versi kampung


Ikan Gerut ada lebih sikit stok. Dah lama beli ikan ini. Terima kasih kepada org yang bakar.

Air Cincah ikan bakar campur dengan kerisik.

Patin Tempoyak lagi. Kegemaran anak2 saya masak lebih gulai. Esok lagi mesra rasanya.
Bihun, daun sup dan lobak masin. Lobak masin saya jumpa cantik kat cold storage, terus beli last week.


Bihun sup yang ini untuk jiran.
Cili yang ditumbuk dengan bwang merah, bawang putih, bawang goreng tumbuk dan kicap, sedikit perahan limau.



Wednesday, 1 August 2012

Roti Daging Cincang Bakar


Macam lasagna tapi dimelayukan. Saya tengok resepi ni internet..Ermmm pendapat saya lasagna lebih baik sekiranya sudah ada daging cincang and mixed vege ini. Mungkin resepi ini untuk express , kepingan lasagna ganti roti. Satu lagi elakkan campuran kidney read bean, kurang sesuai.  Macam chef asma kata bahan2 western jangan samakan dengan masakan china or melayu. Contoh nak pekat masakan cina letak tepung jagung, western lain caranya. Tapi bagi yang gemar okay. Kebetulan ada mozarella masa buat  pizza sebelum ini. Sapu mayonise dan bakar. Ada stok kepingan ketam, then saya campurkan macam buat pizza thousand island. Menggunakan bahan yang sama boleh juga buat roti john or pita cuma perlu ada telur.

Siap deco dan dibakar.

Satu bekas ini saya hadiahkan untuk anak jiran sebelah rumah. Harap2 suka.

Siap masak , dan panas balik bila time tiba


Yang ini saya reka sendiri untuk Bonda Hjjah Aminah, saya basah kan roti dengan air, sesuai kalu letak susu cair sedikit dan sapu roti dengan butter. Tapi sebab bonda tak makan susu dan butter saya bakar aje begini.