Showing posts with label Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayuran. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Pak Choy

Menu ini dah jadi rutin, iftar ke-3 saya hidang juga pak choy

Monday, 16 July 2012

Pak Choy Cendawan






Menu ini saya buat malam semalam, sayur sahaja. Untuk mudahkan masakan 2+1 sayur dan lauk. Maka saya tambahkan udang dan sotong dalam menu dan sedikit sos hoisin.

Cendawan Goreng Celup


Minggu lepas terjumpa cendawan sebungkus RM5.00. Masih fresh, so biasa saya buat sup , kali ini saya cuba buat cendawan goreng dari lebihan bahan western foods tempohari. Jadilah Cendawan goreng ringkas sahaja.

Tauhu Bakar Ipoh Mali









Tauhu ini dibawa dari Ipoh, adik ipar saya pakar dalam bidang proses tauhu dan menjual secara borong di pasar Ipoh - muslim halal. Produk lain termasuk air soya dan lain-lain. Tauhu ini baru saja dibuat paginya dan dibawa dari Ipoh. Jadi pikir-pikir ada 4 bungkus setiap satu ada dalam 6 tauhu. Tauhu sumbat dah pernah buat. Jadi atas tunjuk ajar saya adik ipar, saya buat tauhu bakar di hidang dengan kuah rojak. Hiasan saya guna hirisan kobis manis, lobak merah dan kacang tanah. 

Wednesday, 27 June 2012

Sayuran Lada Hitam Pelangi Cinta

Bahan-bahan
Bawang putih dan merah (hiris halus-halus)
Karot
Cendawan Butang
Kacang Pis
Brokoli
Cili Benggala Merah, Kuning
Serbuk Lada hitam
Sos Tiram/secubit garam

Tuesday, 26 June 2012

Kacang Buncis Telur Ayam Kampung Bersarang


Satu lagi menu kegemaran kids dan amat mudah dan pantas. Cuma saya guna
telur ayam kampung. Jadi saya namakan menu sampingan bersama sup malam ini
iaitu Kacang Buncis Telur Ayam Kampung Bersarang.


Bahan-bahan
200 gm kacang buncis
2 ulas bawang putih hiris untuk ditumis
2 ulas bawang kecil hiris untuk ditumis
1 biji bawang besar dihiris dimasuk kan untuk hiasan
2 biji telur ayam (saya guna ayam kampung) -digoreng asing then baru dicampur dalam
tumisan+kacang.
Kicap dan garam secukupnya.

Thursday, 21 June 2012

Steam Pak Choy Tiram Udang





Menu dan bentuk hidangan ini telah menjadi menu harian kami walaupun popular dikalangan masyarakat Cina. Menu saya amat simple, kalau hidangan diatas untuk 10 orang makan.
Bahan-bahan:-
  • Seikat sayur Pak Choy Pak Choy ( dalam RM 2.00 seikat)
  • Bawah Putih dihiris halus untuk tumisan
  • Bawang Kecil merah dihilis harus untuk bawang goreng
  • Udang (besar atau kecil serdehana)
  • Sos Tiram secukup rasa
  • Air
  • Cara-Cara memasak
  • Celur Pak Choy (sekejap tanpa terlalu layu). Angkat tapiskan
  • Tumis bawang putih, masuk air dan masuk sos tiram secukup rasa
  • Letakkan Pak Choy dalam bekas agak lebar, masuk kan kuah bersos.
  • Hias kan udang dan bawang goreng mengikut kreativiti supaya nampak lebih menyelerakan.
Menu ini juga amat ringkas,  anak-anak pasti suka makan sayur. Selamat mencuba












  • Pie Tie Puncak Jalil