Wednesday 27 June 2012

Bawal Emas Asam Boi+ Halia Bukit Tinggi


Bahan-bahan
Bawal Emas
Halia Bukit Tinggi
Asam Boi
Karrot
Limau Nipis
Garam disapu diikan
Air

Sayuran Lada Hitam Pelangi Cinta

Bahan-bahan
Bawang putih dan merah (hiris halus-halus)
Karot
Cendawan Butang
Kacang Pis
Brokoli
Cili Benggala Merah, Kuning
Serbuk Lada hitam
Sos Tiram/secubit garam

Tuesday 26 June 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Peria

Sambal Tempoyak ikan bilis berulam peria adalah kegemaran saya.
Kalau saya makan ini sambal ini sebelah pinggan saya.
Amat meminati tempoyak dari kecil lagi, tapi cuma tempoyak baru.
Terima kasih daun keladi kepada kawan sekerja dari Kuala Lipis
yang susah payah belikan dari sana.
Bahan-bahan sambal
5 biji cili api
Ikan bilis
3 sudu tempoyak
Secubit garam

Kacang Buncis Telur Ayam Kampung Bersarang


Satu lagi menu kegemaran kids dan amat mudah dan pantas. Cuma saya guna
telur ayam kampung. Jadi saya namakan menu sampingan bersama sup malam ini
iaitu Kacang Buncis Telur Ayam Kampung Bersarang.


Bahan-bahan
200 gm kacang buncis
2 ulas bawang putih hiris untuk ditumis
2 ulas bawang kecil hiris untuk ditumis
1 biji bawang besar dihiris dimasuk kan untuk hiasan
2 biji telur ayam (saya guna ayam kampung) -digoreng asing then baru dicampur dalam
tumisan+kacang.
Kicap dan garam secukupnya.

Sup Tulang SuperMak

Sup Tulang SuperMak. Harap-harap tak keterlaluan namanya. Sebabnya
tengah masak gas habis, gas balang pendua pun habis...
jadi dalam keadaan sedikit celaru, saya nama kan menu malam ini
sebagai Sup Tulang SuperMak. Kids makan malam ini tergendala
waktu sampai diumumkan masa kecederaan tamat.


Bahan-bahan. Saranan untuk 4 - 5 orang makan
10 ketul tulang daging (dalam 1/2kg)
Kentang 3 biji (dipotong 2 atau 4)
1 inci halia (1/2 inci ketuk, selebih dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
6 biji bawang merah (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 biji pelaga
1 bunga lawang
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Hiasan
5 biji bawang merah dihiris dan digoreng
Sedikit daun sup dan bawang dihiris
Sambal kicap : cili potong, kicap,bawang potong dadu,perahan limau nipis
Proses mudah dan cepat saya: setelah daging agak empuk masukkan kentang. Biar mendidih sampai kentang empuk, kemudian masukkan halia yang dititik dan masukkan sup bunjut. Sekiranya air kurang masukkan air tambahan, biasa saya masukkan air panas. Tumiskan hirisan halia,bawang putih, bawang merah jintan, palaga, bunga lawang. Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk daging empuk dan kacau dan biarkan sebati sebentar.  Masukkan garam secukup rasa. Disaran guna garam bukit garam bukit pada setiap masakan. Kurang masin dari garam biasa, lama kelamaan saya boleh sesuaikan dengan masakan saya. Siap mudah dan cepat Sup Tulang SuperMak.



Monday 25 June 2012

Ikan Bawal Tiga Rasa NurKasih

Bawal Tiga Rasa NurKasih  dan Air Tembikai Bertahta Longan







Bahan-bahan
Seekor ikan bawal
Tumisan
4 biji bawang putih (dititik)
8 biji bawang merah kecil (dikisar)
4 biji cili besar merah
4 biji cili besar hijau
1/2 inci halia
Bawang Besar potong 4
Sayuran2 (terpulang kreativiti , bagus kalau ada kekurangnya 3 warna)
Perasa
3 sudu gula merah (rendam dan tapis air)-saya lebih suka gula melaka
4 sudu tomato sos
4 sudu cili sos
2 sudu sos plum (saya masuk sebagai ganti nenas)
Sedikit air
Sedikit sos tiram atau garam. Saya guna garam bukit khasiat, kurang masin dari garam biasa tapi baik untuk kesihatan.
Minyak untuk menumis. Biasa untuk menumis saya guna minyak sayuran khasiat
Ikan boleh diganti dengan kembung siakap kerapu dan lain-lain.
Menu bahan2 boleh juga guna yg disarankan oleh menu dilaman siber lain.

Kadang2 saya tambah cili kering supaya pedas (selalunya kalau sudah masuk cili kering, saya tak masukkan sos cili supaya kids boleh makan)
Proses masakan bolehlah tumis bahan2 dan masukkan satu persatu bahan, akhir sekali sayuran. Goreng ikan asing. Kemudian masukkan sayuran atas ikan.

Sayuran sebagai hiasan..(sayur saya sekurang2 3 warna, saya campur cili banggala merah,kuning, hijau,brocolli dan bunga kubis, karot,kacang pis...sikit2. Saya suka simpan sayuran2 ini sebab boleh digunakan dalam menu masakan lain seperti sup sayur, sweet sour, ikan steam+sayur, paprik. Ketika membeli sayuran bagus juga kita plan variety menu guna sayuran yang sama. Saya memang peminat sayuran dan ikan. Hidangan 2+1 memudahkan kita tanpa pikir untuk tambah menu sayuran.Cukup Ikan+Sayuran mudah dan cepat.

Jamu panas2 untuk seisi keluarga 5 orang makan.
 Masam+Masin+Manis 3 rasa yang cukup sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Kerana 3 rasa sehati bersama saya namakan "Bawal Tiga Rasa NurKasih". Saya cuba elakkan mengguna kan perisa-perisa tambahan cuma menggunakan garam+gula atau sos sahaja.



Air Tembikai Bertahta Longan





Semalam kids minta air tembikai. "Air tembikai tolong masuk dalam kulit buah tembikai". Okay kids hendak saya buat seperti Kerabu Tembikai Malaikha. Jadi masa perjalanan balik kerja hari ini saya fikir bagaimana untuk memenuhi kehendak kids. Oleh kerana tembikai ada sebelah lagi dan ada stok longan, jadi minda saya ligat fikir deco. Permintaan lagi..."Ibu, tanak longan dalam buah tembikai, abang tak suka, ibu letak diluar saja". " Ibu memang hebat, abang suka" Atas memenuhi citarasa kids saya namakan air saya "Air Tembikai Bertahta Longan".

Bahan-bahan
1/4 tembikai (agak besar buah tembikai ini) dikisar menjadi air
1 tin buah longan
Air buah longan boleh dicampurkan dalam air tembikai atau dimasukkan sedikit airgula
Tambah air sekira perlu (saya tak tambah air, lebih pekat lebih hebat)
Ais batu sekira perlu (menu air saya tiada ais kerana kids diajar tidak digalakkan minum ais sejuk)
Hasilnya: 2 jug air tembikar (satu saya deco dalam buah tembikai dan satu lagi dalam jug sahaja).Dihidangkan untuk 8-10 orang minum.
Semoga infomatif deco ini, boleh digunakan untuk salah satu idea dibulan Ramadhan nanti.





Lebihan deco tembikai, saya masukkan dalam jug dan gelas

Sunday 24 June 2012

Terima Kasih- coretan kesempatan masa

Assalammualaikum dan Salam Penuh Ceria dan informatif,
Kepada sahabat-sahabat siber yang melawat blog saya Terima Kasih. Terdapat resepi2 yang tidak saya update lagi kerana tiada kesempatan waktu. InsyaAllah akan saya usahakan mengemaskini. Mana-mana resepi yang mungkin saya tidak coretkan dilaman siber harap dimaafi kerana sensitiviti hak-hak terpeliara untuk di nyatakan di laman siber semasa proses pembelajaran saya. Walaubagaimanapun mana-mana idea asal dan tiada sekatan untuk penyaluran informasi akan saya coretkan peringkat-peringkat.
Terima Kasih atas perhatian dan sokongan sahabat-sahabat siber yang melawati blog airtangan PelangiNurul beserta infomatif semasa kehidupan saya.

Laksa Perlis Tepung Beras Mutiara

Nukilan Potret PelangiNurul@info

Seindah pelangi begitulah juga indahnya hidangan saya untuk famili hari cuti ini.
 Ilutrasi yang begitu menyentuh hati saya, saya hidangkan laksa Perlis dan kebetulan
 kids teringin air lemon tea, jadi saya hidangkan ais lemon tea Boh sebagai menu sampingan menarik hari ini.
Terima kasihkepada Bonda mertua Hjjh Chom yang tidak jemu-jemu mengajar saya menu ini.
Tepung Beras ini dikirimkan dari Perlis kerana tepung beras di Kuala Lumpur tidak original dan laksa beras
tidak akan jadi. Jadi saya namakan laksa ini sebagai Laksa Perlis Tepung Beras Mutiara.


 Proses kuah laksa


Ringkasan Laksa Tepung Beras




Potret PelangiNurul Laksa Perlis Tepung Beras 
Ilutrasi Potret shepia yang saya abadikan untuk kenangan famili


Saturday 23 June 2012

Asam Pedas Semilang Ombak Rindu

Asam Pedas Semilang Ombak Rindu menu makan tengah hari ini.
Dihidangkan bersama Kerabu Tembikai Malaikha. Namakan
Ombak Rindu sebagai tanda rindu famili saya untuk makan semilang ini.
Sukar didapati kebetulan ada dijual semilang ini.



Ikan Semilang ini dalam seekor sederhana besar dalam 700 gm.
Harga dalam RM 7.00 . Hari ini sekilo semilang RM 16.00. Untuk hilangkan
lendir hanyir boleh basuh dengan asam jawa atau air beras atau daun serai.
Saranan untuk 5 orang makan.

Bahan-Bahan: Taugeh Kasar 200gm (.50sen), 4 batang daun kesum, sebiji tomato,
8 biji bawang merah, 5 biji cili kering, Serai 2 batang, Belacan dua potong dadu,
Rempah biji satu sudu teh, cili api 3 biji untuk tambah pedas, asam gelugur dan
garam secukup rasa.Cara Cara : Kisar cili kering, cili api, bawang dan belacan.
Masakkan dulu bahan-bahan. Mendidih masukkanSerai yang dititik, asam gelugur
 dan rempah biji. Masukkan Ikan dan daun kesum.Masukkan garam secukup rasa.
 (Katakan tidak! pada perisa-perisa dipasaran kerana taugeh dan rempah
biji sudah membuat kan rasa yang begitu sempurna)








Kerabu Tembikal Malaikha


Menu Makan Tengahari saya hari ini Kerabu Tembikai Malaikha khas dari airtangan PelangiNurul. Terima Kasih kepada keluarga mertua di Perlis, Indera Kayangan atas menu ringkas tapi hebat ini.
Menu Tembikai 2 dalam 1 - Tembikai Cuci Mulut



Bahan-bahan cili api, bawang
kecil dihiris, belacan, secubit
gula dan garam
Proses keluarkan isi tembikai,
tinggalkan tepi isi tembikai,
kikis kecil-kecil untuk
dijadi kerabu


Siap Kerabu Tembikai Malaikha

Lagi pandangan untuk koleksi
Pandangan berbeza shepia
menarik untuk tatapan













Friday 22 June 2012

Kerabu Pari Steam Indera Kayangan

Teringat Bonda mertua untuk menu amat ringkas malam ini. Kerabu Berlauk Pari yang mudah disediakan. Steam saja dan campur sayuran segar. Pari kecil harga berpatutan dan mudah disiang atau minta penjual tolong bersihkan. Sesuai untuk 4 orang makan.
Ikan Pari
1. Sapu secubit garam pada separuh ikan pari kecil (saya beli ikan ini dalam RM4.50 seekor)
    2 keping asam gelugur dimasukkan bersama sedikit air. Steamkan
Hiasan
1. Cili Besar Merah 2 biji ditumbuk dengan belacan dan secubit garam. Masukkan lebihan     air rebusan.
2. Hiris Bawang Besar dan Tomato (atau dipotong dadu)
3. Peria di potong halus dan direbus (jika mahu)
4. Limau Kasturi dihiris dua
5. Cili Api jika perlu dipotong halus

Setelah ikan masak, masukkan bahan2 hiasan. Isi ikan boleh juga disisih halus-halus dan digaul dengan hiasan. Ikut kreativiti hidangan. Saya suka menyediakan hidangan sayuran berwarna warni, biasa 3 warna, pasti nampak impaknya.


Sempena bulan Ramadhan yang sudah hampir, boleh lah simpan menu ini untuk berbuka puasa kerana begitu mudah dan ringkas malah penuh dengan khasiat.