Monday, 25 June 2012

Ikan Bawal Tiga Rasa NurKasih

Bawal Tiga Rasa NurKasih  dan Air Tembikai Bertahta Longan







Bahan-bahan
Seekor ikan bawal
Tumisan
4 biji bawang putih (dititik)
8 biji bawang merah kecil (dikisar)
4 biji cili besar merah
4 biji cili besar hijau
1/2 inci halia
Bawang Besar potong 4
Sayuran2 (terpulang kreativiti , bagus kalau ada kekurangnya 3 warna)
Perasa
3 sudu gula merah (rendam dan tapis air)-saya lebih suka gula melaka
4 sudu tomato sos
4 sudu cili sos
2 sudu sos plum (saya masuk sebagai ganti nenas)
Sedikit air
Sedikit sos tiram atau garam. Saya guna garam bukit khasiat, kurang masin dari garam biasa tapi baik untuk kesihatan.
Minyak untuk menumis. Biasa untuk menumis saya guna minyak sayuran khasiat
Ikan boleh diganti dengan kembung siakap kerapu dan lain-lain.
Menu bahan2 boleh juga guna yg disarankan oleh menu dilaman siber lain.

Kadang2 saya tambah cili kering supaya pedas (selalunya kalau sudah masuk cili kering, saya tak masukkan sos cili supaya kids boleh makan)
Proses masakan bolehlah tumis bahan2 dan masukkan satu persatu bahan, akhir sekali sayuran. Goreng ikan asing. Kemudian masukkan sayuran atas ikan.

Sayuran sebagai hiasan..(sayur saya sekurang2 3 warna, saya campur cili banggala merah,kuning, hijau,brocolli dan bunga kubis, karot,kacang pis...sikit2. Saya suka simpan sayuran2 ini sebab boleh digunakan dalam menu masakan lain seperti sup sayur, sweet sour, ikan steam+sayur, paprik. Ketika membeli sayuran bagus juga kita plan variety menu guna sayuran yang sama. Saya memang peminat sayuran dan ikan. Hidangan 2+1 memudahkan kita tanpa pikir untuk tambah menu sayuran.Cukup Ikan+Sayuran mudah dan cepat.

Jamu panas2 untuk seisi keluarga 5 orang makan.
 Masam+Masin+Manis 3 rasa yang cukup sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Kerana 3 rasa sehati bersama saya namakan "Bawal Tiga Rasa NurKasih". Saya cuba elakkan mengguna kan perisa-perisa tambahan cuma menggunakan garam+gula atau sos sahaja.



No comments: