Sup Tulang SuperMak. Harap-harap tak keterlaluan namanya. Sebabnya
tengah masak gas habis, gas balang pendua pun habis...
jadi dalam keadaan sedikit celaru, saya nama kan menu malam ini
sebagai Sup Tulang SuperMak. Kids makan malam ini tergendala
waktu sampai diumumkan masa kecederaan tamat.
Bahan-bahan. Saranan untuk 4 - 5 orang makan
10 ketul tulang daging (dalam 1/2kg)
Kentang 3 biji (dipotong 2 atau 4)
1 inci halia (1/2 inci ketuk, selebih dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
6 biji bawang merah (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 biji pelaga
1 bunga lawang
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Hiasan
5 biji bawang merah dihiris dan digoreng
Sedikit daun sup dan bawang dihiris
Sambal kicap : cili potong, kicap,bawang potong dadu,perahan limau nipis
Proses mudah dan cepat saya: setelah daging agak empuk masukkan kentang. Biar mendidih sampai kentang empuk, kemudian masukkan halia yang dititik dan masukkan sup bunjut. Sekiranya air kurang masukkan air tambahan, biasa saya masukkan air panas. Tumiskan hirisan halia,bawang putih, bawang merah jintan, palaga, bunga lawang. Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk daging empuk dan kacau dan biarkan sebati sebentar. Masukkan garam secukup rasa. Disaran guna garam bukit garam bukit pada setiap masakan. Kurang masin dari garam biasa, lama kelamaan saya boleh sesuaikan dengan masakan saya. Siap mudah dan cepat Sup Tulang SuperMak.
No comments:
Post a Comment