Saturday, 23 June 2012

Asam Pedas Semilang Ombak Rindu

Asam Pedas Semilang Ombak Rindu menu makan tengah hari ini.
Dihidangkan bersama Kerabu Tembikai Malaikha. Namakan
Ombak Rindu sebagai tanda rindu famili saya untuk makan semilang ini.
Sukar didapati kebetulan ada dijual semilang ini.



Ikan Semilang ini dalam seekor sederhana besar dalam 700 gm.
Harga dalam RM 7.00 . Hari ini sekilo semilang RM 16.00. Untuk hilangkan
lendir hanyir boleh basuh dengan asam jawa atau air beras atau daun serai.
Saranan untuk 5 orang makan.

Bahan-Bahan: Taugeh Kasar 200gm (.50sen), 4 batang daun kesum, sebiji tomato,
8 biji bawang merah, 5 biji cili kering, Serai 2 batang, Belacan dua potong dadu,
Rempah biji satu sudu teh, cili api 3 biji untuk tambah pedas, asam gelugur dan
garam secukup rasa.Cara Cara : Kisar cili kering, cili api, bawang dan belacan.
Masakkan dulu bahan-bahan. Mendidih masukkanSerai yang dititik, asam gelugur
 dan rempah biji. Masukkan Ikan dan daun kesum.Masukkan garam secukup rasa.
 (Katakan tidak! pada perisa-perisa dipasaran kerana taugeh dan rempah
biji sudah membuat kan rasa yang begitu sempurna)








No comments: