Friday, 22 June 2012

Kerabu Pari Steam Indera Kayangan

Teringat Bonda mertua untuk menu amat ringkas malam ini. Kerabu Berlauk Pari yang mudah disediakan. Steam saja dan campur sayuran segar. Pari kecil harga berpatutan dan mudah disiang atau minta penjual tolong bersihkan. Sesuai untuk 4 orang makan.
Ikan Pari
1. Sapu secubit garam pada separuh ikan pari kecil (saya beli ikan ini dalam RM4.50 seekor)
    2 keping asam gelugur dimasukkan bersama sedikit air. Steamkan
Hiasan
1. Cili Besar Merah 2 biji ditumbuk dengan belacan dan secubit garam. Masukkan lebihan     air rebusan.
2. Hiris Bawang Besar dan Tomato (atau dipotong dadu)
3. Peria di potong halus dan direbus (jika mahu)
4. Limau Kasturi dihiris dua
5. Cili Api jika perlu dipotong halus

Setelah ikan masak, masukkan bahan2 hiasan. Isi ikan boleh juga disisih halus-halus dan digaul dengan hiasan. Ikut kreativiti hidangan. Saya suka menyediakan hidangan sayuran berwarna warni, biasa 3 warna, pasti nampak impaknya.


Sempena bulan Ramadhan yang sudah hampir, boleh lah simpan menu ini untuk berbuka puasa kerana begitu mudah dan ringkas malah penuh dengan khasiat.

No comments: