Thursday, 21 June 2012

Ikan Patin Tempoyak Sehati

Dalam perjalanan balik kerja hari ini teringat ikan patin. Semalam kawan dari kampung Dato' Siti Nurhaliza, Kuala Lipis baik hati membelikan saya dua kilo ikan patin berserta tempoyak.  Sejarah ikan patin sebenar amat popular di Pahang, Bandar Ikan Patin . Pernah pada satu ketika dulu ikan patin ada rombongan pelawat dikenakan sekali makan RM13,000.00 di restoren, Pahang. Bagi anda yang berminat untuk mendapat maklumat harga ikan patin, analisa maklumat sebelum masuk di mana-mana restoran.  Saya selalu mencuba patin tempoyak cili api kerana famili amat meminati rasa patin ini. Makan malam saya pastinya hebat malam ini.

Bahan-bahan ( 5 to 6 orang makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)       
  • 1/2  inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 10 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak  (ikut suka, boleh ditambah kalau mahu rasa lebih)            
  • daun kesom seikat      
  • serai 2 batang dititik       
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar (anggaran sekilo)         
Nota: Sahabat Kuala lipis ajar tidak perlu bawang,halia dan lengkuas. Terpulang pada selera kita. Ada yang masuk bawang putih dan bertumis. Untuk ingatan biasanya ikan patin ada banyak lemak.  

Cara-cara langkah mudah dan cepat 

  1. Masukkan air dalam periuk    
  2. Masukan bawang merah, halia, kunyit hidup dan cili api yang ditumbuk. Masukkan serai. Kacau sebentar. Masakan air bersama bahan -bahan sehingga mendidih.         
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan. Masukkan lengkuas.            
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.  Saya suka tempoyak baru  
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.                                                   
  6. Tambahkan gula dan tutup api.             
             
Perhatian: Ikan patin dari Pahang ini tidak berbau, tapi saya basuhkan dengan air asam jawa supaya darah pekat yang masih melekat mudah dibersihkan.

No comments: