Semalam kids minta air tembikai. "Air tembikai tolong masuk dalam kulit buah tembikai". Okay kids hendak saya buat seperti Kerabu Tembikai Malaikha. Jadi masa perjalanan balik kerja hari ini saya fikir bagaimana untuk memenuhi kehendak kids. Oleh kerana tembikai ada sebelah lagi dan ada stok longan, jadi minda saya ligat fikir deco. Permintaan lagi..."Ibu, tanak longan dalam buah tembikai, abang tak suka, ibu letak diluar saja". " Ibu memang hebat, abang suka" Atas memenuhi citarasa kids saya namakan air saya "Air Tembikai Bertahta Longan".
Bahan-bahan
1/4 tembikai (agak besar buah tembikai ini) dikisar menjadi air
1 tin buah longan
Air buah longan boleh dicampurkan dalam air tembikai atau dimasukkan sedikit airgula
Tambah air sekira perlu (saya tak tambah air, lebih pekat lebih hebat)
Ais batu sekira perlu (menu air saya tiada ais kerana kids diajar tidak digalakkan minum ais sejuk)
Hasilnya: 2 jug air tembikar (satu saya deco dalam buah tembikai dan satu lagi dalam jug sahaja).Dihidangkan untuk 8-10 orang minum.
Semoga infomatif deco ini, boleh digunakan untuk salah satu idea dibulan Ramadhan nanti.
Lebihan deco tembikai, saya masukkan dalam jug dan gelas |
No comments:
Post a Comment