Friday 3 August 2012

Siakap Kukus Thailand+ Popia Basah + Daging Bakar (ala western)


Stim Kukus Thailand ikan siakap. Stim rutin menu family. Gambar sebelum masak. Saya masukkan cendawan butang dan daun celery bila hampir separuh stim. Tak sempat nak candid gambar dah masak.


Popia basah ini saya ambil resepi puanbee.com sebab resepi warisan mak mertua beliau. So dah cuba cuma sebab kulit popia tidak dinyatakan dengan jelas sukar juga nak agak kecairan bancuhan. Tak sempat nak tengok resepi orang lain. Next time cuba lagi buat kulit popia basah. Bahan2 dalam popia sengkuang, karot, kacang buncis or panjang. Ditumiskan dengan bawang putih,  bawang merah dan udang kering. Then masuk sayur..ditengah sayurang pecahkan telur. Cuma saya terlupa ada family yang kurang minat udang kering. Next time boleh ganti dengan ayam atau daging. Untuk kuah tumis cili, then masukkan cuka+gula merah. Letakan kuah+bwang goreng atas kulit yang dah siap. Then, letak campuran sayuran. Siap RM 1 satu kut sebab besar.

Alamak cukup masa, saya ambik kulit popia yang dibeli sejuk beku, buat menu popia goreng pulak. Yang ini untuk anak jiran sebelah.


Daging Bakar ini sebagai menu bakar utama hari jumaat.


No comments: