Tuesday, 12 November 2013

Cerita Tentang Baik Sangka dan Muhasabah

Lama sudah tidak mencoretkan sesuatu, kerana kesibukan masa yang amat sangat. Cerita hari ini bukan masak, tetapi cerita tentang redha hati, rendah hati dan ketenangan.

Coretan dari banyak penceramah membuat hati saya berkata, memang benar kita perlu sentiasa baik sangka dan sentiasa melihat diri sendiri daripada menyalahkan sekeliling. Pernah terbaca petikan panjang umur dan murah rezeki bagi yang menyambung silaturahim. Sesungguh nya kita selalu melihat diri lebih baik dari orang lain. Sedangkan kita lupa bahawa kekadang tindakan kita menyinggung perasaan orang lain. Prof Muhaya selalu memberi impak positif dalam kata-katanya supaya setiap manusia perlu ada perasaan talian kasih dan belas walaupun setiap manusia tetap ada kelemahan. Namun kelemahan itu boleh menjadi kebaikan sekiranya kita sentiasa bersangka positif kepada orang disekeliling.

Ya Allah sesungguhnya adalah benar untuk kami menikmati syurga Mu bukan lah kerana amalan kami, tapi kerana rahmat Mu, siapalah kami mengharap kan balasan atas apa yang kami lakukan. Setiap kali bertahajjud kepada Mu, ayat Al Kursi benar-benar memberi makna mendalam pada ku. Dan setiap istigharah ku adalah untuk diberi petunjuk setiap hari ku lakukan, Semoga hati ini Engkau tunjukkan jalan yang ku lalui ini adalah dalam petunjuk dan redha Mu...Keperluan kami menjaga iman kepada Mu dan memperbaiki hubungan insan. Moga kami mendapat kasih, sedikit ilmu yang Mu yang banyak, dan sentiasa tetap hati dalam Iman yang kuat...

No comments: