Thursday, 26 July 2012

Iftar Ke 5 Stim Portuguese Siakap + Bandung Soda

Proses aturan stim. Masa stim tutupkan ikan dengan balutan aluminium folder supaya wap air tidak masuk ke dalam ikan. Jadi ikan still fresh dan rasa campuran air ikan masih original tanpa ada campuran air wap.

Stim siap then perahkan lemon dan bawang. Sebelum berbuka stim kan semula supaya dihidangkan masih panas untuk berbuka. Menu ni tak pedas , sesuai untuk anak-anak.

Untuk air saya hidang bandung soda. Cuma kids kurang berminat menu ini. Lebih suka air buahan yang fresh.

Pizza Daging+Udang+Ayam+Mixed Vege+Mozarella Cheese






Menu ini saya buat masa iftar kedua hari ahad. Rasa ikut selera sendiri untuk bahan2 hiasan atas. Cuma roti nya saya nak belajar buat sendiri. Mungkin weekend ini boleh try buat roti pula. Bahan2 ini saya gunakan juga untuk buat roti john+pita+fried popia bunga.

Tuesday, 24 July 2012

Belimbing+Asam Boi

Belimbing Asam Boi hari selasa iftar ke 3

Fried Appetizer Iftar




Puasa ke 3, selasa saya cuma ingat ada kulit popia+daging cincang+telur+sausage+mixed vege+cili benggala+ lada sula+ bahan lebihan buat roti john+pita. So saya deco sikit atas kulit popia, then goreng bahan2. Kids kata sedap, tapi pelik jea kuih ini. Menu ala tradisional fried appetizer chinese cuisene..menu springrolls juga menggunakan bahan2 lebih kurang sama.

Sup Ekor


Iftar hari ke3 , sup ekor sebagai menu utama, cepat dan amat mudah

Roti John, Roti Pita



Petang iftar ketiga sempat juga saya buat menu roti john dan pita. Balik dari keja, terpikir daging cincang, mixed vege, brocolli, baby tomato, telur, lada sula dan sausage ayam. Jadi roti pita dan roti john ada dua jenis. Satu daging cincang and satu lagi sausage ayam (hancurkan). Tak sempat nak deco-deco lebih-lebih sebab waktu berbuka sudah hampir. Menu hari ketiga iftar roti john+pita, udang goreng butter, pak choy udang dan apple green fields.

Pak Choy

Menu ini dah jadi rutin, iftar ke-3 saya hidang juga pak choy

Apple Green Fields


Iftar hari ketiga Isnin, air Apple+celery, jadi nama nya gitu. Kids kata sedap tapi ada rasa ubat. Sememangnya sedap sebenarnya. Campuran buah yang sesuai, rasanya juga sesuai.

Udang Goreng Butter

First time buat untuk menu iftar hari ketiga Isnin, perlu diperbaiki hiasan telur kuning masih tidak halus dan tidak rangup. Kena searching recipe talian hayat nanti. Walaupun gitu, udang yang digoreng dengan fresh milk, olive oil, cili api dalam tumisan bawang putih cincang amat sedap rasanya. Resepi ini kena tumis daun kari sekali. Cuma hiasan telur kuning kena kacau pusingan arah jam, dengan butter+minyak olive pada permulaan api panas, kemudian pelahan saya masih tak mahir. Jadi kena cuba next time.