Tuesday, 24 July 2012

Udang Goreng Butter

First time buat untuk menu iftar hari ketiga Isnin, perlu diperbaiki hiasan telur kuning masih tidak halus dan tidak rangup. Kena searching recipe talian hayat nanti. Walaupun gitu, udang yang digoreng dengan fresh milk, olive oil, cili api dalam tumisan bawang putih cincang amat sedap rasanya. Resepi ini kena tumis daun kari sekali. Cuma hiasan telur kuning kena kacau pusingan arah jam, dengan butter+minyak olive pada permulaan api panas, kemudian pelahan saya masih tak mahir. Jadi kena cuba next time.

Sunday, 22 July 2012

Iftar Menu Sejuk @ Lychee kurma pic





Orange Tonic







Biasanya untuk Iftar di bulan Ramadhan saya kumpul menu minuman asas buahan.  Iftar pertama semalam dihidang air perahan orange tonic (oren+karot). Menu ini diadaptasi masa minum di New Zealand Natural, masa PC fair minggu lepas. Untuk rasa lemak sikit saya campur krimer cair. Tiada tambahan air gula pun sudah okay rasanya. Hidangan ini untuk kids juga, jadi untuk 2 biji karot dan 4 biji buah oren boleh dapat 10 gelas sederhana besar. 

Saturday, 21 July 2012

Ayam Percik pelanginurul@blogspot.com



 Sedap, itu kata2 dari kids, mungkin ibunya lama tak buat ayam panggang ini. Jadi berbuka puasa hari pertama ramadhan saya hidangkan ayam perchik bakar. Diperap dari tengahari, then petang saya masak sikit, kemudian bakar ketika hampir waktu berbuka. Dihidangkan panas-panas pasti menyelerakan.



Bakar tradisional akan mengingat kenangan menyediakan juadah ini dikampung. So semalam saya bakar guna kayu arang. Rasanya pasti tidak sama dengan bakar moden. Jadi saya sertakan sekali candid-candid ini. Terima kasih kepada pembakar dalam episod masak ayam percik pelanginurul@blogspot.com



Macam2 gambar candid,...lebih kurang sama, oleh kerana gambar ada saya upload saja.
Selesai menu berbuka puasa hari pertama. Simple cuma bakar saja yang agak rumit.

Friday, 20 July 2012

Kari Kerisik Itik ala Utara




Itik ini masakan kegemaran family. Saya hidangkan untuk bersahur semalam. Belajar dari mertua orang utara. Saya beli seekor dekat pasar, frozen di bekalkan ke Kuala Lumpur ini dari Tasik, Ipoh. 1/2 ekor masak gulai kari ala orang utara. Separuh lagi saya cadang nak masak kicap atau rendang. Rasanya lebih manis dari daging ayam dan agak kenyal dan kasar daging nya. Kadang-kadang gulai kari ini saya lebihkan , kerana kids amat meminati kari.  Selain itu kuah nya sedap dimakan dengan roti jala. Petang ini kalau sempat mungkin saya boleh buat roti jala untuk berbuka puasa bersama kuah itik.

Sup Kambing Pekat




 Sup Kambing ini saya buat dirumah. Chef Tim's catering bagi packing balik untuk buat sup katanya. Kepada kawan2 office tu selamat mencuba. Saya buat lepas balik kerja semalam seperti diajar oleh chef handsome Tim's Catering. Panas-panas terus hidang semalam. Daging tepi tulang tulang amat manis. Terima kasih kepada penganjur.


Kambing Kuzi ala Melayu



Jamuan makan di office. Agak meriah seekor kambing dengan beberapa menu lain. Cuma saya makan kambing sahaja bagi menikmati rasanya. Terima kasih kepada Tim's Catering. Terima kasih juga kepad chef serba hitam ari tu yang sempat ajar buat sup kambing dari tulang kambing ini. Isinya tersangat lembut. Terima kasih juga kepada penganjur.

Thursday, 19 July 2012

Vege Dressing

Vege Diet ...
=

Park Choy berudang

Menu ini dah jadi menu kegemaran dan rutin. Dihidang malam ini.

Black Pepper Daging+Cendawan


Masakan ini saya buat malam semalam. Oleh kerana kids suka dengan makan berkuah saya buat cair sedikit. Antara menu kegemaran kids.