Friday, 20 July 2012

Kari Kerisik Itik ala Utara




Itik ini masakan kegemaran family. Saya hidangkan untuk bersahur semalam. Belajar dari mertua orang utara. Saya beli seekor dekat pasar, frozen di bekalkan ke Kuala Lumpur ini dari Tasik, Ipoh. 1/2 ekor masak gulai kari ala orang utara. Separuh lagi saya cadang nak masak kicap atau rendang. Rasanya lebih manis dari daging ayam dan agak kenyal dan kasar daging nya. Kadang-kadang gulai kari ini saya lebihkan , kerana kids amat meminati kari.  Selain itu kuah nya sedap dimakan dengan roti jala. Petang ini kalau sempat mungkin saya boleh buat roti jala untuk berbuka puasa bersama kuah itik.

No comments: