Saturday, 28 July 2012

Itik Masak kicap+Cendol+Badak Berendam+Sayur Manis





Itik masak kicap..yummy. Perap goreng tumis. Amat mesra dengan cintan kasar+cintahalus+halia+bawang merah dan putih+asam gelugur. Masakan ini biasa dibuat oleh kakak ipar di Perlis (masih tak boleh nak dapat rasa masakan beliau dan masih mencuba). Saya hidang kan juga rebus express campuran sayuran manis petola, taugeh, bayam, sohun. Berbuka dengan menu ini hari jumaat lepas.




Terjumpa cendol dekat pasaraya, then saya beli, ada gula kabung , gula batu stok masa buat laichee kang saya campurkan. Plus saya masukkan daun pandan dan santan kara. Then saya masakkan. Cuma gula kabung dan batu saya rendamkan saja dalam air campuran santan dan cendol. Ada orang bagitau kalau campurkan Nira Gula Merah amat enak. Mana nak cari Nira Gula Merah ? Diperlis kampung mertua senang nak cari ni. Selamat berbuka.




Badam berendam ni pun saya hidang panas panas. Amat mudah dan cepat. Perlu ada tepung pulut , gula dan santan. Saya guna santan segera Kara. Tapi lebih sedap guna santan segar. Saya bahagi dua, dalam nya saya letak gula putih dan kabung. Panas2 sedap dimakan. Mudah saja Tepung pulut gaul dengan perahan air daun pandan, secubit garam then uli, masukkan gula, buat bulatan. then rendam dalam santan. Letakkan taburan gula dalam bekas dan diatas rendaman. Kami panggil Badak Berendam :). Selamat berbuka. 

Pagi ini saya sempat upload menu Jumaat. Semalam Sabtu saya bakar ikan talipia, ayam perchik lagi sebab ada permintaan dan pajri nenas. Cuma gambar tidak dapat di upload kerana sibuk dengan tetamu yang hadir bersama berbuka semalam.

No comments: