Monday, 19 May 2014

Istiqomah Redha

Saya ingin menyatakan redha. Redha pada saya memerlukan iman yang kiuat atas apa yg telah kita usaha, ikthiar, doa, dan tahajjud. Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari keluhan, saban hari keluh kesah penat. Sampai kita lupa mensyukuri nikmat kita dapat hari itu. Nikmat dimana orang lain tidak miliki. Di kala kita sihat, orang lain sakit; dikala kita berilmu orang lain ketandusan ilmu; dikala kita punyai rumah dan kasih sayang dan sebaliknya. Kita alpha dalam keluhan, dan akhir nya kita tiada pengakhiran suatu yg baik sepanjang hari. Oleh itu, saya cuba perbaiki diri untuk istiqomah redha atas nikmat dan ujian Allah SWT. - Rindu saya dikala kanak2 bila melihat bulan, ingin ke bulan; melihat bintang, naluri pun mahu ke bintang.

Ayam+kambing Percik; Black pepper sos

 Menu ini saya buat dengan kuali ajaib, saya renjiskan sedikit minya jagung atau zaitun, sebab kids suka black pepper sos jadi saya cuba sediakan menu western sos dengan percik...tetap ada rasa unik sendiri walaupun berlainan konsep resepi

Sotong Goreng Tepung Rangup

Sotong goreng tepung, akhirnya saya dapat menu macamana jual dikedai, saya cari menu ini dimyresepi dan juga satu artikel tetang sotong goreng tepung. Menu menu di my resepi amat sesui bg yg ingin mencuba.







Talapia Percik


KuehTeow Sup ala siam


Tuesday, 12 November 2013

Cerita Tentang Baik Sangka dan Muhasabah

Lama sudah tidak mencoretkan sesuatu, kerana kesibukan masa yang amat sangat. Cerita hari ini bukan masak, tetapi cerita tentang redha hati, rendah hati dan ketenangan.

Coretan dari banyak penceramah membuat hati saya berkata, memang benar kita perlu sentiasa baik sangka dan sentiasa melihat diri sendiri daripada menyalahkan sekeliling. Pernah terbaca petikan panjang umur dan murah rezeki bagi yang menyambung silaturahim. Sesungguh nya kita selalu melihat diri lebih baik dari orang lain. Sedangkan kita lupa bahawa kekadang tindakan kita menyinggung perasaan orang lain. Prof Muhaya selalu memberi impak positif dalam kata-katanya supaya setiap manusia perlu ada perasaan talian kasih dan belas walaupun setiap manusia tetap ada kelemahan. Namun kelemahan itu boleh menjadi kebaikan sekiranya kita sentiasa bersangka positif kepada orang disekeliling.

Ya Allah sesungguhnya adalah benar untuk kami menikmati syurga Mu bukan lah kerana amalan kami, tapi kerana rahmat Mu, siapalah kami mengharap kan balasan atas apa yang kami lakukan. Setiap kali bertahajjud kepada Mu, ayat Al Kursi benar-benar memberi makna mendalam pada ku. Dan setiap istigharah ku adalah untuk diberi petunjuk setiap hari ku lakukan, Semoga hati ini Engkau tunjukkan jalan yang ku lalui ini adalah dalam petunjuk dan redha Mu...Keperluan kami menjaga iman kepada Mu dan memperbaiki hubungan insan. Moga kami mendapat kasih, sedikit ilmu yang Mu yang banyak, dan sentiasa tetap hati dalam Iman yang kuat...

Saturday, 4 August 2012

Sambal Petai Ikan Bilis+Mee Goreng Basah Lagi+Gulai Kari Ayam+Rendang Kerang Berkunyit+Kedondong Asam Boi


Ada permintaan sambal ikan bilis petai.


Mee goreng basah lagi, macam teringat buat dulu. so ari ini buat lagi. sebungkus sahaja.

 Pemintaan gulai kari lagi dari kids untuk iftar today, cuma dikurangkan santan sahaja kali ini.

Bonda Hajjah Aminah nak makan kerang rendang , so kebetulan ada jual kat pasar ari ini. Dapat lah buat rendang kunyit kerang.


Air Kendondong Asam Boi...sekilo dalam RM3.50 kat pasar. Sekilo kedondong dapat satu jug besar ...bergelas-gelas boleh dapat bergelas2 untuk sepuluh orang minum.

Friday, 3 August 2012

Siakap Kukus Thailand+ Popia Basah + Daging Bakar (ala western)


Stim Kukus Thailand ikan siakap. Stim rutin menu family. Gambar sebelum masak. Saya masukkan cendawan butang dan daun celery bila hampir separuh stim. Tak sempat nak candid gambar dah masak.


Popia basah ini saya ambil resepi puanbee.com sebab resepi warisan mak mertua beliau. So dah cuba cuma sebab kulit popia tidak dinyatakan dengan jelas sukar juga nak agak kecairan bancuhan. Tak sempat nak tengok resepi orang lain. Next time cuba lagi buat kulit popia basah. Bahan2 dalam popia sengkuang, karot, kacang buncis or panjang. Ditumiskan dengan bawang putih,  bawang merah dan udang kering. Then masuk sayur..ditengah sayurang pecahkan telur. Cuma saya terlupa ada family yang kurang minat udang kering. Next time boleh ganti dengan ayam atau daging. Untuk kuah tumis cili, then masukkan cuka+gula merah. Letakan kuah+bwang goreng atas kulit yang dah siap. Then, letak campuran sayuran. Siap RM 1 satu kut sebab besar.

Alamak cukup masa, saya ambik kulit popia yang dibeli sejuk beku, buat menu popia goreng pulak. Yang ini untuk anak jiran sebelah.


Daging Bakar ini sebagai menu bakar utama hari jumaat.


Thursday, 2 August 2012

Talapia Bakar+Gerut Bakar+Patin Tempoyak+Bihun Sup

Talipia Merah sungai. Hari ini cuti so boleh buat aktiviti survial sikit. Bakar guna kayu arang.



Ikan Talipia Merah..survival versi kampung


Ikan Gerut ada lebih sikit stok. Dah lama beli ikan ini. Terima kasih kepada org yang bakar.

Air Cincah ikan bakar campur dengan kerisik.

Patin Tempoyak lagi. Kegemaran anak2 saya masak lebih gulai. Esok lagi mesra rasanya.
Bihun, daun sup dan lobak masin. Lobak masin saya jumpa cantik kat cold storage, terus beli last week.


Bihun sup yang ini untuk jiran.
Cili yang ditumbuk dengan bwang merah, bawang putih, bawang goreng tumbuk dan kicap, sedikit perahan limau.



Wednesday, 1 August 2012

Roti Daging Cincang Bakar


Macam lasagna tapi dimelayukan. Saya tengok resepi ni internet..Ermmm pendapat saya lasagna lebih baik sekiranya sudah ada daging cincang and mixed vege ini. Mungkin resepi ini untuk express , kepingan lasagna ganti roti. Satu lagi elakkan campuran kidney read bean, kurang sesuai.  Macam chef asma kata bahan2 western jangan samakan dengan masakan china or melayu. Contoh nak pekat masakan cina letak tepung jagung, western lain caranya. Tapi bagi yang gemar okay. Kebetulan ada mozarella masa buat  pizza sebelum ini. Sapu mayonise dan bakar. Ada stok kepingan ketam, then saya campurkan macam buat pizza thousand island. Menggunakan bahan yang sama boleh juga buat roti john or pita cuma perlu ada telur.

Siap deco dan dibakar.

Satu bekas ini saya hadiahkan untuk anak jiran sebelah rumah. Harap2 suka.

Siap masak , dan panas balik bila time tiba


Yang ini saya reka sendiri untuk Bonda Hjjah Aminah, saya basah kan roti dengan air, sesuai kalu letak susu cair sedikit dan sapu roti dengan butter. Tapi sebab bonda tak makan susu dan butter saya bakar aje begini.