Tuesday, 31 July 2012

Ayam Berempah+Mee Goreng Basah+Ketam lemak cili padi




 Menu semalam selasa, Bonda Hajjah Aminah nak makan mee goreng. Ayam Berempah saya campurkan sedikit tepung jagung ikut menu chef2. Sebelum ini tak pernah masuk tepung. Saya try saja kali ini.
Yang ini saya bagi jiran sebelah rumah.

Badak Berendam

 Saya buat masa hari isnin bersama kueh teaw express saya

Char Kueh Teow Express


Isnin lepas jalan agak jam. So saya buat sahaja char kueh teaw express. Satu pedas yang satu lagi kurang pedas untuk kids. Char Kueh Teaw ni nak dapat kebasahan air masa tumisan kena lebih. Air tumisan udang digunakan untuk menumis. Udang, taugeh kuchai wajib ada..also telur. Api kena kuat untuk dapat masakan sekata.

Kuzi Kambing+Gulai Kari Seludu+Mixed Fruits Menu




 Menu kari ikan seludu ini dah biasa bagi family. Ikan seludu hendak lah yang segar kalau tidak berbau. Untuk dapat kemerah tumis kan bahan rempah dan bawang sampai keluar minyak. Then masukkan santan. Ada juga yang masukkan serbuk cili merah untuk kemerahan.

Sebab teruja dengan kuzi kambing ala Chef Tim's catering .Saya try buat kuzi kambing sendiri. Saya terjumpa rempah kuzi dekat Tesco brand Master, selalu susah nak dapat rempah ini.  Jadi juga saya ikut resepi jiran2 chef2 blogger. Tapi ada yang warna merah kebanyakan nya. So untuk kelihatan putih (warna rempah kuzi sebenar) saya tak masuk sos cili or cili kering cuma letak lada sula dan lada hitam. Ada resepi bawang goreng ditumbuk then masukkan dalam tumisan. Mungkin saya cuba next time.
Saya buat halwa sejuk sikit sebagai tambahan.

Saturday, 28 July 2012

Itik Masak kicap+Cendol+Badak Berendam+Sayur Manis





Itik masak kicap..yummy. Perap goreng tumis. Amat mesra dengan cintan kasar+cintahalus+halia+bawang merah dan putih+asam gelugur. Masakan ini biasa dibuat oleh kakak ipar di Perlis (masih tak boleh nak dapat rasa masakan beliau dan masih mencuba). Saya hidang kan juga rebus express campuran sayuran manis petola, taugeh, bayam, sohun. Berbuka dengan menu ini hari jumaat lepas.




Terjumpa cendol dekat pasaraya, then saya beli, ada gula kabung , gula batu stok masa buat laichee kang saya campurkan. Plus saya masukkan daun pandan dan santan kara. Then saya masakkan. Cuma gula kabung dan batu saya rendamkan saja dalam air campuran santan dan cendol. Ada orang bagitau kalau campurkan Nira Gula Merah amat enak. Mana nak cari Nira Gula Merah ? Diperlis kampung mertua senang nak cari ni. Selamat berbuka.




Badam berendam ni pun saya hidang panas panas. Amat mudah dan cepat. Perlu ada tepung pulut , gula dan santan. Saya guna santan segera Kara. Tapi lebih sedap guna santan segar. Saya bahagi dua, dalam nya saya letak gula putih dan kabung. Panas2 sedap dimakan. Mudah saja Tepung pulut gaul dengan perahan air daun pandan, secubit garam then uli, masukkan gula, buat bulatan. then rendam dalam santan. Letakkan taburan gula dalam bekas dan diatas rendaman. Kami panggil Badak Berendam :). Selamat berbuka. 

Pagi ini saya sempat upload menu Jumaat. Semalam Sabtu saya bakar ikan talipia, ayam perchik lagi sebab ada permintaan dan pajri nenas. Cuma gambar tidak dapat di upload kerana sibuk dengan tetamu yang hadir bersama berbuka semalam.

Thursday, 26 July 2012

Iftar ke 6 Nasi Hujan Panas+ Ayam Madu Kurma+ Mango Lassi+ Jelatah+ Cucur Udang


Ayam  kurma madu saya masak atas permintaan walaupun menu ini baru dihidangkan minggu lepas. Jadi pikir dan pikir masa kat office saya pikir nak buat nasi hujan panas. Cuba first time buat. Ada warna hijau merah, kuning, orange, pinky....memang hujan panas betul hari ini.




Menu air hari ini saya buat manggo lassi. Kids memang suka buahan. Mango+ Yogurt original tiada campuran warna dan gula.Rasanya lemak dan manis buahan sahaja.
Jelatah Nenas+Timun sebagai tambahan sayuran

Cucur udang ini dah teringin lama. So buat juga ari ini. 2 pilihan nak gebu saya tambah telur. Tapi nak betul2 garing tanpa gebu just buat bancuhan seperti biasa.

Iftar Ke 5 Stim Portuguese Siakap + Bandung Soda

Proses aturan stim. Masa stim tutupkan ikan dengan balutan aluminium folder supaya wap air tidak masuk ke dalam ikan. Jadi ikan still fresh dan rasa campuran air ikan masih original tanpa ada campuran air wap.

Stim siap then perahkan lemon dan bawang. Sebelum berbuka stim kan semula supaya dihidangkan masih panas untuk berbuka. Menu ni tak pedas , sesuai untuk anak-anak.

Untuk air saya hidang bandung soda. Cuma kids kurang berminat menu ini. Lebih suka air buahan yang fresh.

Pizza Daging+Udang+Ayam+Mixed Vege+Mozarella Cheese






Menu ini saya buat masa iftar kedua hari ahad. Rasa ikut selera sendiri untuk bahan2 hiasan atas. Cuma roti nya saya nak belajar buat sendiri. Mungkin weekend ini boleh try buat roti pula. Bahan2 ini saya gunakan juga untuk buat roti john+pita+fried popia bunga.

Tuesday, 24 July 2012

Belimbing+Asam Boi

Belimbing Asam Boi hari selasa iftar ke 3

Fried Appetizer Iftar




Puasa ke 3, selasa saya cuma ingat ada kulit popia+daging cincang+telur+sausage+mixed vege+cili benggala+ lada sula+ bahan lebihan buat roti john+pita. So saya deco sikit atas kulit popia, then goreng bahan2. Kids kata sedap, tapi pelik jea kuih ini. Menu ala tradisional fried appetizer chinese cuisene..menu springrolls juga menggunakan bahan2 lebih kurang sama.

Sup Ekor


Iftar hari ke3 , sup ekor sebagai menu utama, cepat dan amat mudah

Roti John, Roti Pita



Petang iftar ketiga sempat juga saya buat menu roti john dan pita. Balik dari keja, terpikir daging cincang, mixed vege, brocolli, baby tomato, telur, lada sula dan sausage ayam. Jadi roti pita dan roti john ada dua jenis. Satu daging cincang and satu lagi sausage ayam (hancurkan). Tak sempat nak deco-deco lebih-lebih sebab waktu berbuka sudah hampir. Menu hari ketiga iftar roti john+pita, udang goreng butter, pak choy udang dan apple green fields.