Lama sudah tidak mencoretkan sesuatu, kerana kesibukan masa yang amat sangat. Cerita hari ini bukan masak, tetapi cerita tentang redha hati, rendah hati dan ketenangan.
Coretan dari banyak penceramah membuat hati saya berkata, memang benar kita perlu sentiasa baik sangka dan sentiasa melihat diri sendiri daripada menyalahkan sekeliling. Pernah terbaca petikan panjang umur dan murah rezeki bagi yang menyambung silaturahim. Sesungguh nya kita selalu melihat diri lebih baik dari orang lain. Sedangkan kita lupa bahawa kekadang tindakan kita menyinggung perasaan orang lain. Prof Muhaya selalu memberi impak positif dalam kata-katanya supaya setiap manusia perlu ada perasaan talian kasih dan belas walaupun setiap manusia tetap ada kelemahan. Namun kelemahan itu boleh menjadi kebaikan sekiranya kita sentiasa bersangka positif kepada orang disekeliling.
Ya Allah sesungguhnya adalah benar untuk kami menikmati syurga Mu bukan lah kerana amalan kami, tapi kerana rahmat Mu, siapalah kami mengharap kan balasan atas apa yang kami lakukan. Setiap kali bertahajjud kepada Mu, ayat Al Kursi benar-benar memberi makna mendalam pada ku. Dan setiap istigharah ku adalah untuk diberi petunjuk setiap hari ku lakukan, Semoga hati ini Engkau tunjukkan jalan yang ku lalui ini adalah dalam petunjuk dan redha Mu...Keperluan kami menjaga iman kepada Mu dan memperbaiki hubungan insan. Moga kami mendapat kasih, sedikit ilmu yang Mu yang banyak, dan sentiasa tetap hati dalam Iman yang kuat...
Alhamdullillah..kesyukuran yang berpanjangan atas nikmat Allah SWT berikan selama ini."Hidup Seindah Pelangi" bersesuaian mutiara kata untuk blog ini sebagai simbolik menzahirkan perjalanan hidup yang cukup menarik dan indah dipenuhi ketenangan dan kesyukuran berpanjangan. Blog ini mungkin sebahagian cara untuk saya mengadaptasikan apa yang saya lalui sepanjang kehidupan saya bersama anak-anak, famili walma kawan-kawan. Assalammualaikum wbt. Tatapan Ceria dan Informatif Airtangan PelangiNurul
Pages
- Jom Baca
- Informasi Terkini Utusan Online
- Idea Tun
- FB Siber
- Rumahku Surgaku
- E-Business AlisJasmine Collections
- AlisJasmine Collections
- Shape & Beauty2 U
- Chat Personal Money
- The Edge View
- Groupon Lowest Price!
- Seronoknya Cuti Cuti
- Chef-Chef Blogger & Resepi
- Suka suka Masak
- Hanya Di Radio
- Jom Sihat
- Ustad Kazim
- Ustad Azhar
- Hakikat Dua Kalimah Syahadat
- Destinasi Cuti Cuti
- Product Halal Muslim
- Halal Chatting
- Rileks Jap
- Nak Jalan? Check dulu Cuaca disini
- Finance Gadgets
Tuesday, 12 November 2013
Saturday, 4 August 2012
Sambal Petai Ikan Bilis+Mee Goreng Basah Lagi+Gulai Kari Ayam+Rendang Kerang Berkunyit+Kedondong Asam Boi
Ada permintaan sambal ikan bilis petai.
Mee goreng basah lagi, macam teringat buat dulu. so ari ini buat lagi. sebungkus sahaja.
Pemintaan gulai kari lagi dari kids untuk iftar today, cuma dikurangkan santan sahaja kali ini.
Bonda Hajjah Aminah nak makan kerang rendang , so kebetulan ada jual kat pasar ari ini. Dapat lah buat rendang kunyit kerang.
Air Kendondong Asam Boi...sekilo dalam RM3.50 kat pasar. Sekilo kedondong dapat satu jug besar ...bergelas-gelas boleh dapat bergelas2 untuk sepuluh orang minum.
Friday, 3 August 2012
Siakap Kukus Thailand+ Popia Basah + Daging Bakar (ala western)
Stim Kukus Thailand ikan siakap. Stim rutin menu family. Gambar sebelum masak. Saya masukkan cendawan butang dan daun celery bila hampir separuh stim. Tak sempat nak candid gambar dah masak.
Popia basah ini saya ambil resepi puanbee.com sebab resepi warisan mak mertua beliau. So dah cuba cuma sebab kulit popia tidak dinyatakan dengan jelas sukar juga nak agak kecairan bancuhan. Tak sempat nak tengok resepi orang lain. Next time cuba lagi buat kulit popia basah. Bahan2 dalam popia sengkuang, karot, kacang buncis or panjang. Ditumiskan dengan bawang putih, bawang merah dan udang kering. Then masuk sayur..ditengah sayurang pecahkan telur. Cuma saya terlupa ada family yang kurang minat udang kering. Next time boleh ganti dengan ayam atau daging. Untuk kuah tumis cili, then masukkan cuka+gula merah. Letakan kuah+bwang goreng atas kulit yang dah siap. Then, letak campuran sayuran. Siap RM 1 satu kut sebab besar.
Alamak cukup masa, saya ambik kulit popia yang dibeli sejuk beku, buat menu popia goreng pulak. Yang ini untuk anak jiran sebelah.
Daging Bakar ini sebagai menu bakar utama hari jumaat.
Thursday, 2 August 2012
Talapia Bakar+Gerut Bakar+Patin Tempoyak+Bihun Sup
Talipia Merah sungai. Hari ini cuti so boleh buat aktiviti survial sikit. Bakar guna kayu arang.
Ikan Talipia Merah..survival versi kampung
Ikan Gerut ada lebih sikit stok. Dah lama beli ikan ini. Terima kasih kepada org yang bakar.
Air Cincah ikan bakar campur dengan kerisik.
Patin Tempoyak lagi. Kegemaran anak2 saya masak lebih gulai. Esok lagi mesra rasanya.
Bihun, daun sup dan lobak masin. Lobak masin saya jumpa cantik kat cold storage, terus beli last week.
Bihun sup yang ini untuk jiran.
Cili yang ditumbuk dengan bwang merah, bawang putih, bawang goreng tumbuk dan kicap, sedikit perahan limau.
Wednesday, 1 August 2012
Roti Daging Cincang Bakar
Macam lasagna tapi dimelayukan. Saya tengok resepi ni internet..Ermmm pendapat saya lasagna lebih baik sekiranya sudah ada daging cincang and mixed vege ini. Mungkin resepi ini untuk express , kepingan lasagna ganti roti. Satu lagi elakkan campuran kidney read bean, kurang sesuai. Macam chef asma kata bahan2 western jangan samakan dengan masakan china or melayu. Contoh nak pekat masakan cina letak tepung jagung, western lain caranya. Tapi bagi yang gemar okay. Kebetulan ada mozarella masa buat pizza sebelum ini. Sapu mayonise dan bakar. Ada stok kepingan ketam, then saya campurkan macam buat pizza thousand island. Menggunakan bahan yang sama boleh juga buat roti john or pita cuma perlu ada telur.
Siap deco dan dibakar.
Satu bekas ini saya hadiahkan untuk anak jiran sebelah rumah. Harap2 suka.
Siap masak , dan panas balik bila time tiba
Yang ini saya reka sendiri untuk Bonda Hjjah Aminah, saya basah kan roti dengan air, sesuai kalu letak susu cair sedikit dan sapu roti dengan butter. Tapi sebab bonda tak makan susu dan butter saya bakar aje begini.
Tuesday, 31 July 2012
Ayam Berempah+Mee Goreng Basah+Ketam lemak cili padi
Menu semalam selasa, Bonda Hajjah Aminah nak makan mee goreng. Ayam Berempah saya campurkan sedikit tepung jagung ikut menu chef2. Sebelum ini tak pernah masuk tepung. Saya try saja kali ini.
Yang ini saya bagi jiran sebelah rumah.
Char Kueh Teow Express
Kuzi Kambing+Gulai Kari Seludu+Mixed Fruits Menu
Menu kari ikan seludu ini dah biasa bagi family. Ikan seludu hendak lah yang segar kalau tidak berbau. Untuk dapat kemerah tumis kan bahan rempah dan bawang sampai keluar minyak. Then masukkan santan. Ada juga yang masukkan serbuk cili merah untuk kemerahan.
Saya buat halwa sejuk sikit sebagai tambahan.
Saturday, 28 July 2012
Itik Masak kicap+Cendol+Badak Berendam+Sayur Manis
Terjumpa cendol dekat pasaraya, then saya beli, ada gula kabung , gula batu stok masa buat laichee kang saya campurkan. Plus saya masukkan daun pandan dan santan kara. Then saya masakkan. Cuma gula kabung dan batu saya rendamkan saja dalam air campuran santan dan cendol. Ada orang bagitau kalau campurkan Nira Gula Merah amat enak. Mana nak cari Nira Gula Merah ? Diperlis kampung mertua senang nak cari ni. Selamat berbuka.
Badam berendam ni pun saya hidang panas panas. Amat mudah dan cepat. Perlu ada tepung pulut , gula dan santan. Saya guna santan segera Kara. Tapi lebih sedap guna santan segar. Saya bahagi dua, dalam nya saya letak gula putih dan kabung. Panas2 sedap dimakan. Mudah saja Tepung pulut gaul dengan perahan air daun pandan, secubit garam then uli, masukkan gula, buat bulatan. then rendam dalam santan. Letakkan taburan gula dalam bekas dan diatas rendaman. Kami panggil Badak Berendam :). Selamat berbuka.
Pagi ini saya sempat upload menu Jumaat. Semalam Sabtu saya bakar ikan talipia, ayam perchik lagi sebab ada permintaan dan pajri nenas. Cuma gambar tidak dapat di upload kerana sibuk dengan tetamu yang hadir bersama berbuka semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)















































